De member chat aku, suruh aku tulis blog pasal family. Diaorg nk tahu sape mak dan ayah aku. Senang kata salasilah family aku. Betul gak pe yg org kata, dari kita asyik citer pasal benda yg sedih2 @ kutuk2 org, baik tulis hal sendiri.
Firstly, aku nk habaq pasal ayah aku. Nama ayah aku AHMAD BIN SHAHID. Lahir pada 05/07/1944. Berumur 65 tahun. Asal Kg Mampan, Simpang Lima Batu Pahat. Ayah aku anak tunggal kepada pasangan SHAHID BIN TUKIMAN dan KHATIJAH BTE ALIAS. Ayah dilahirkan sebagai anak yatim, ketika ayah dalam kandungan 2 bulan atuk meninggal dunia. Ayah tak pernah melihat rupa sebenar ayahnye sendiri. Zaman dulu2 manalah ada bergambar. Ayah dibesarkan oleh nenek dan paksu. Bab nie aku mmg tak puas ati sb nenek aku bkn seorang ibu yang bertanggungjawab. Mentang2lah suami dah tak de, so suka ati diala nak buat apa. Makan ke, sekolah ke langsung nenek tak kisah. Baik ayah masih ada nenek dan paksu untuk jadi tempat mengadu. Dalam masa yg sama, nenek aku telah berkahwin lain. Ayah aku ada 12 orang adik tiri. Cuba korang fikir dgn kepala lutut, adakah nenek aku ni ibu yg baik? Terus terang aku mmg tak suka dgn nenek aku ni. Bagi aku and adik2 nenek ni mmg tak pernah wujud. Ayah aku orang yang serius. Aku dan adik-adik jarang berbual atau bermanja dgn ayah aku. Kdg2 cemburu tengok orang bermanja2 dgn ayah masing2. Korang jgn ingat plak yg ayah aku ni garang sangat tau. Ayah aku orangnya baik Cuma kehidupan masa lampau ayah membuatkan ayah mendidik anak2 dengan serius tapi happy. Selalunyer ayah Cuma perhatikan dari jauh je apa yang kami semua buat. Kalau ada yang tak kena kat mata ayah, macam biasala mak tempat ayah meluahkan pe yg berbuku kat hati.Ooopppss kita sambung balik pasal nenek aku.Nenek dan atok berpindah ke kg melayu majidee setelah ank-ank membesar.Jarang ayah aku balik sana, sbb ayah pn tidak berapa suka dgn mak dia.So jarangla aku and adik-adik bermanja dgn nenek sebelah ayah.Tapi secara keseluruhannye ayah agak rapat gak dgn adik tiri setelah nenek aku meninggal dunia.Untuk sepupu sebelah ayah ramai gila, bayangkanla ada 12 adik beradik semuanyer...
p/s : tak de gambar ayah akula utk masukkan dlm citer nie sbb dia tak suka bergambar
29 November 2009
14 November 2009
aksi2 keriangan
cuti2 malaysia
pada 12 & 13nov yg lalu, aku n hubby bercuti g genting highland selama 2 hari satu malam kt sana. di samping bercuti tu, kitaorg adalah berbincang pasal masalah umahtangga. masih macam tu lg.masih x de jalan penyelesaian.kdg2 fed-up pasal hal nie.tapi aku x suka fikir sgt. manusia hanya merancang tuhan yg tentukan.malasla nk berciter hal nie."hidup hanya sekali, so mari kita enjoy"
masa bercuti, aku jalan 1 genting.ambik gambar, makan2 dan kaw2 yg sama waktu dgn nyer.....enjoy gak la w/pn bermasalah.sbenarnye aku byk nk kongsi pasal percutian aku tapi mood tiba2 hilang kalo teringat hal kami berdua nie
06 November 2009
Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehabat Sulaiman,
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaika.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar dan
Mengapa di damba teman hidup bak Siti Khadijah
Kalau diri tak sempurnaRasullah[S.A.W]
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu
Sebagai keunikkan
Carilah kebaikan pada dirinya Dan bersyukurlah
Kerana dipertemukan denganye
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar
Dia akan menjadi milikmu…………………
PERKAHWINAN
AKU SAH MENJADI ISTERI KEPADA ENCIK ISHAK BIN ABDUL WAHID, PADA TANGGAL 28/01/2006 TEPAT PUKUL 10AM. DALAM TEMPOH INI, KAMI BELUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA LAGI. BAB PERKAHWINAN AKU TAK BERAPA BERMINAT UNTUK BEKONGSI DENGAN SESIAPA. TAKUT NANTI DISALAH ERTIKAN. BENDA YG BAIK MMG PATUT DIHEBAHKAN, TPI KALO SEBALIKNYA BAIK TUTUP MULUT………………….
ORANG KATA PERKAHWINAN IBARAT SATU PERJUDIAN. BILA KITA KALAH KITA MENANGIS TAPI BILA KITA MENANG KITA KETAWA. BAGI AKU PLAK , IANYA LEBIH DARI SATU PERJUDIAN. PERKAHWINAN PERLUKAN BYK PENGORBANAN, BKN SEKADAR MENANGIS BILA KITA KALAH, TAPI PERLU BERJUANG ABIS-ABISAN UTK HIDUP.
HELLO SEMUA……
AKU NAK CITER CKIT TENTANG DIRI AKU KT KORANG, ITU PN KALO KORANG NAK TAHULA…….HEHEHE. APA ORG TUA2 KATA TU, TAK KENAL MAKA TAK CINTA KAN KAN KAN KAN?????????
NAMA AKU ROZIA BTE AHMAD, AKU LAHIR KT KG PT SIBA, BAGAN BATU PAHAT, PADA 19/02/1983. SKRG AKU MENETAP DI KG SRI GAJAH, CHAAH, 85400 SEGAMAT, JOHOR. PENDIDIKAN AWAL AKU BERMULA DI SEK.KEB.SERI SEKAWAN DESA, DARI DARJAH 1 HINGGA DARJAH 3…THEN AKU BERSEKOLAH PLAK KT SEK.KEB.DESA TEMU JODOH SEHINGGA DARJAH 6. SEKOLAH MENENGAH AKU STAY DARI FORM 1 HINGGA FORM 5 KT SEK.MEN.KEB CHAAH, JOHOR.SEK AGAMA PLAK DARI DARJAH 1 HINGGA DARJAH KHAS.
PASAL PENGALAMAN KERJA PLAK, TERLALU BYK KOT. MCM2 KEJA AKU DAH TEST.KORANG CKP JE DARI OPERATOR HINGGA OFFICER. W/PN UMUR AKU BELUMLA TUA SGTKN, TPI PENGALAMAN PUNYELA BANYAK….TAPI SKRG AKU BEKERJA KT BATU PAHAT SEBAGAI KERANI SAHAJE….NAMA TEMPAT KERJA AKU TRI-ERAT SDN BHD.KORANG TAK PERNAH DENGAR PUNYE.
AKU DILAHIRKAN DALAM KELUARGA YANG SEDERHANA. AKU ANAK KE-4 DALAM 9 ADIK BERADIK. AKU ADA 2 ABG, 1 KAKAK DAN 5 ADIK ( 2 PMPUAM,3 LELAKI ). KITAORG TAK KAYA DGN HARTA, TAPI KAYA DENGAN BUDI PEKERTI TAU. KALO KORANG NAK TAHU, MAK BAPAK AKU MINAT SGT DGN NAMA YG START DARI “R”. SO NAMA ADIK BERADIK AKU MESTI BERMULA DENGAN “ROS”
ROSLAN, ROSMAN,ROSLIZA, ROZIA,ROSLI,ROSNIZAN,ROSDI,ROSLINDA DAN ROSSALINA TPI YG AKU SAKIT ATINYE NAMA AKU JE TAK DE ‘ROS’. ALASAN MAK BAPAK AKU YG PALING POWER, POLIS SALAH TULIS.
Subscribe to:
Posts (Atom)