24 February 2010

Majlis Kahwin Ct

Ahad

14/02/2010
aku g majlis kahwin kawan aku kt taman rakyat, chaah.
Meriah sungguh walaupun cuaca panas terik.
Lagi2 tetamu yang datang agak ramai tau.


Pelamin yg cantik utk pengantin baru



Saat utk di ijabkabulkan dgn pilihan hati. Senyum2 bahagia gitu


duduk dipelamin selepas di nikahkan. selepas ni majlis berinai besar di adakan


Wajah selepas di rias mak andam utk majlis persandingan. Wajah yg gembira tapi cikit gementar


ambil peluang bergambar dgn pengantin baru

Pengantin lelaki di arak dgn paluan kompang. Muka pengantin lelaki yg tak sabar nak naik pelamin


adat org johor. kena bayar tol. masa ni keadaan kecoh tau. siap tawar menawar sb takut anpou tak cukup

tengok tu pengantin lelaki senyum sokmo kn... bahagia dah ada isteri kn..kn..kn..

ha ni ada pelik cikit sb dalam majlis ni ada tarian singer tau.ini kerana harini jatuh pada hari pertama Gong Xi Fa chai. wah nampak lain dari yang lain kn...

ni gambar singer dah penat. semangat sb utk pengantin baru tau

untuk pengantin baru, akak doakan kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga menjadi suami isteri yg soleh dan soleha. Agar kalian di kurnaikan zuriat bagi menyambung kasih sayang kalian berdua

20 February 2010

JoM GeLAk



Walaupn video ni agak melampau, tapi yang penting kita hampir pecah perut gelak. Huhuhu selamat menonton

Hari jadi ku...



19.02.2010

alamak !!!!!!!! umur dah meningkat lagi siut

malam ni aku dah masuk 27 thn 1 hari tau...


macam biasa, aku sambut dgn hubby

di sebabkan

19/02/10 jatuh pd hari jumaat makanyer keluar makan jela

sambutan paling simple tapi happening walaupun berdua je
lagipn
sejak umur asyik meningkat ni, malasla sambut meriah sgt



mkn nasi ayam di restoran rasamas


Tahun ni dan seperti tahun2 lepas, hubby belikan hadiahla. huhuhu tapi apa hadiahnye biar aku saje yang tahu...... apa kata siti "Biarla Rahsia".zie sayang abang. Harap setiap dapat hadiah yang lagi besar dari yang ni. hahaha.

Ini kek yang di hadiahkan oleh kawan saya "Irin"


Ini Plak Kek pemberian Suami tercinta







17 February 2010

KiSaH ToYoL

Toyol...... percaya @ tidak toyol masih wujud dalam kehidupan kita skrg ni. Walaupun dunia dah maju lagi canggih tapi masih ada orang guna khidmat toyol untuk cari kesenangan dgn mudah. Bodoh sape2 yang membela toyol. Korang tahu kan apa kerja toyol. Mencuri duit utk tuan nye. Orang lain bekerja utk mencari rezeki tapi dgn sekelip mata duit korang hilang. Tak ke geram di buatnye...

Selalu aku dengar mak aku bebel duit hilang.... kalo sekali tak pe tapi berkali2. Bukan keluarga aku je yg kena malah ada org kampung gak terima nasib yang sama. Perkara yang berkaitan dgn toyol ni sampai mampus pn tak boleh dapat bukti. So kalo yang 'terkena' tu wat bodoh je. Nak report polis, silap2 kita dikata gila nnt.

Harini aku yang terkena plak. Sakit hati ( yg amat sgt ). Kalo setakat Rm10 aku takla gila sgt tapi ni RM100. Satu hari gaji aku pn tak sampai seratus. Aku tak suka nk meyumpah2 org ni tapi kali ni aku nak ckp celaka bagi org yg wat benda2 mcm ni. Org yg membela toyol ni, mmg org yg tak bersyukur. Allah telah mengurniakan tangan dan kaki utk mencari duit dan rezeki sendiri. tapi menggunakan khidmat toyol utk jalan yg mudah. Orang yg macam ni mmg tak kan selamat dunia & akhirat. Bagi aku, takkan maafkan dan halalkan apa yg ko ambik dari aku dan family aku.

Pasal toyol ni kita nak salahkan sape. Kita tahu toyol tu wujud tapi macam mana nak hapuskan sbb kita sendiri tak tau sape tuan kpd si toyol ni. Kalo tau pn x de bukti kn... dulu zaman mak bapak kita ada org penangkap toyol skrg susahla ada pn tak tau kt mana. Jadinyer org yg membela lg bersenang lenang kn. Aku betul2 sakit hati duit aku pn lesap. Kalo dalam beg duit ada RM300 yg hilang RM100. Walaupn toyol tak amik semua tapi jumlah yg dia ambik boleh wat kita sakit hati sampai mati.

Kepada sesiapa yg baca blog aku pasal toyol ni, tau cara hindari toyol @ hapuskan toyol yg wat hal ni. boleh email Aku....sb aku mmg tak puas ati ada org yg nk senang dgn mudah tanpa fikir kesusahan org lain.

p/s: Masyarakat cina dan india pn percaya kewujudan toyol ni. Ada gak cina yang berniaga gunakan khidmat toyol bagi mengaut keuntungan lebih

16 February 2010

apa- apa jela....

****What those words on yearly performance ****
Reviews REALLY Mean
  1. OUTGOING PERSONALITY - Always going out of the office
  2. GREAT PRESENTATION SKILLS - Able to bullshit
  3. GOOD COMMUNICATION SKILL - Spends lots of time on phone
  4. WORK IS FIRST PRIORITY - Too ugly to get date
  5. ACTIVE SOCIALLY - Drinks a lot
  6. INDEPENDENT WORKER - Nobody knows what he/she does
  7. QUICK THINKING - Offers plausible excuses
  8. CAREFULL THINKER - Won't make a decision
  9. USES LOGIC ON DIFFICULT JOBS - Gets someone else to do it
  10. EXPRESSES THEMSELVES WELL - Speaks English
  11. METICULOUS ATTENION TO DETAIL - Anit picker
  12. HAS LEADERSHIP QUALITIES - Is tall orhas a louder voice
  13. EXCEPTIONALLY GOOD JUDGEMENT - Lucky
  14. KEEN SENSE OF HUMOUR - Knows a lot of dirty jokes
  15. CAREER MINDED - Back Stabber
  16. LOYAL - Can't get job anywhere else
  17. PLANS FOR PROMOTION/ADVANCEMENT - Buys drinks for all the boys
  18. OF GREAT VALUE TO THE ORGANISATION - Gets to work on time
  19. RELAXED ATTITUDE - Sleeps at desk

from Haybuzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!

15 February 2010

***FATIN***


Inila 2 orang Fatin dalam keluarga aku
Fatin Nur syahirah & Fatin Nur atika nasuha.
Mereka adalah ank kakak aku yg buat aku busy utk layan karenah diaorang.
tapi best sesekali layan diaorang
"Cik Joy"nama panggilan aku di kalangan ank2 saudara



Sebenarnye aku ada 7 ank saudara
tapi
kebanyakan adala lelaki
so
Mereka berdua ni bunga antara yg kumbang2 tu lah
Kalau pasal sikap plak yg perempuan , lg 'ganas' dari lelakinye
setiap minggu ni la kerja aku
Layan........

Akan datang
aku akan tunjukkan semua ank2 saudara. yg lelaki aku jarang jumpala...
Diaorang dtg aku plak tak de


13 February 2010

GeT ReAdY FoR HoLiDaY....

huhuhu.... cuti- cuti malaysia. bukan selalu dapat cuti kn...kn..kn..
So aku nak habaq, bila aku bercuti semuanye cuti....
Blog pn cuti
Ada citer dah malas nak menaip, so next weekend baru ada mood ok
Kwn2 kt FB pn cuti jadinyer....Laptop campak kt lantai
Kwn2
Gong Xi Fa Cai
"selamat bercuti"

08 February 2010

AdUhAi FeBrUaRy'2010

Nampaknye bulan february ni mmg mencabar bagi aku. (penat) Pelbagai aktiviti dalam bulan february ni. Ialah bulan february dahla pendek dari bulan2 biasakan...lagi-lagi serentak dgn cuti tahun baru cina. kalo bab keja plak, kena siap sblm cuti. kebiasaannye pelanggan ramai dtg time nila.

keja

Hari ni ( isnin) mmg penat ckitla. banyak keja. Semua document kena up-to-date. statment insurans plak kena up date sbb takut customer complain ins/roadtax terlepas. Lagi2 aku punye akaun dah 2 bulan tak balance ( huarrgggg tension ). tulah keja kn...kita kalo nak cari rezeki yg halal mmg byk dugaan nye... so sabar je la

Undangan (14/02 )

Bln february ni ramai orang ambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Aku ada 2 atau 3 jemputan. Insayaallah aku akan pegi. tak boleh terkecuali sbb 1 tempat kawan baik dan yang lain umah saudara. tak nak pegi pn tak boleh sbb kena hantar mak gak. Lagi yang bestnye 14/02 valentime day jatuh pada hari ahad so ramai ambil kesempatan abadikan tarikh tu. Harini dalam sejarah tau. Aku plak mybe cuti 5 hari so enjoyla dgn jemputan kahwin.

19/02/2010 ( my birthday )

Hari paling penting sb aku dilahirkan. Setiap tahun aku menyambutnye Walaupn secara kecil2 je. Pertama mesti dgn hubby. Ke-2 dengan aku punye family dan terakhir dgn kawan2 baik. Aik tak sabar nak menunggu hari tu babe....Aku harap tahun ni aku boleh sambut dgn hubby (berdua2an) and dapat hadiah lagi.... Best...best...best

26/02/2010

ni yang boleh wat kepala pusing... Bln ni busy dgn sesi latihan. Aku tensionla. Sabtu n ahad stanbay utk belajar. Buang masa aku je kan. Jgn panik aku belajar memandula. Selama ni tak terfikir nak ambil lesen sb pakai lesen Agung je. Dapat cikgu yang mengajar hampeh. Semua tak betul. 26hb kena test JPJ. Aduh.....Lulus ke tak ni. Selama ni w/pn aku tau memandu tapi tiba depan cikgu tu jadinye semua tak betul. Eeeeeee wat aku geram je. di sebabkan cikgu orang tua so aku hormat tak nyer aku melawan, ikut jela. Nnt melawan takut tak lulus plak(sb kurang ajar)

Harapan

Sebab bulan february bln penting dalam diri aku, aku dilahirkan dalam bulan ni so besarla harapan aku untuk tahun 2010
Pertama
Semoga Allah perbanyakkan rezeki ke atas aku n hubby
Limpahkan
kebahagian keatas aku, hubby, family dan org sekeliling aku dunia & akhirat
Jauhi aku daripada dosa2 besar
aku harap tahun ni aku boleh membahagiakan lagi mak, ayah serta adik2 aku

Ke-2
Rahmatilah rumahtangga aku. Jauhi dari perkara yg negetif. Rumahtangga mana yg tak dilanda musibah so kuatkan hati aku utk mengharunginye. aku harap tahun ni aku punye peluang utk hamil. Anak itu penyeri umahtangga. Aku Harap Allah akan makbulkan doa aku.

Ke-3
Aku nak cari peluang keja yang lain. Insyaallah kalo tuhan izinkan. Banyak juga aku apply tapi belum ada rezeki lagi. ( sesiapa yg nk reconmend bolehla ). Kalo boleh dapat kerja yang lagi bagus, kenapa tidak utk mencuba. Doakanla.......

Ke-4
Aku harap 26hb ni aku lulus test JPJ utk dapatkan lesen. Lepas ni aku boleh bawa mak and ayah kemana2 tanpa ragu2 lagi

InsyaAllah jika di izikan oleh allah yang maha kuasa. Amin



05 February 2010

aLaHaI PeNgAnTiN......

Majlis perkahwinan yang sepatutnye berlangsung esok ( 06/02/10 ) terpaksa di batalkan disaat akhir. 2 hari sblm majlis bakal pengantin lelaki call cakap tak boleh nikah sbb document tak lengkap ( aik mcm tu plak ). Pengsan pengantin perempuan bila terima perkhabaran tu. Bapak pengantin perempuan mengamukla ( sampai kena histeria ko...)kerana terlalu marah sampai tak boleh control tau. Kecoh 1 kampung sampai polis pn datang takut kejadian yg tak di ingini berlaku. Orang kampung turut simpati di atas apa yg berlaku kat keluarga si polan ni.


ish...ish...ish paling kesian pengantin perempuannye sbb sedar pengsan sedar pengsan je. Kita boleh geram tapi yang merasanye keluarga si polan nila. Bila sedar dari histeria, bapak pengantin kepenatan tapi tetap dlm keadaan binggung. Jarang kaum lelaki ni menangis tapi si polan menangis sbb tak tahu nak wat ape lg. Then atas nasihat org ramai, keesokkan keluarga si polan bertolak ke pahang untuk jumpa lelaki bedebah ni.( terlalu sedih )( jantan kurang ajar ) tup...tup...tup... nak tahu apa citer. jantan bedebah ni telah memalsukan identitinye. Mmgla tak boleh kahwin.(bodoh jantan ni) nama je kerja tentera tapi penipu.( org yg tak takut undang2). Semua document jantan yang ada pada perempuan tu palsu. boleh macam tu. Korang fikir kenapa nak pakai identiti orang lain kalo diri tu masih bujang. ( mesti jantan yg ada bini ) Geram betul.... So perempuan tu report kt pegawai atasan apalagi kenala tangkap. ( padan muka ko )


Kisahnye ank pompuan si polan ni orang kampung tak dengar bila tunang nye tup..tup..tup dengar nak kahwin je. jantan ni orang sabah yang bekerja kat pahang sebagai tentera kononnyer. Agaknye jantan ni tak nak tunang alasannye family jauhla kot....Ya Allah cuba korang fikirkan. Pelamin dah di hias, kad dah ditabur, barang makanan dh di order( deposit sekali) mana tak jadi gila. Lg satu tiket kapal terbang nak ke sabah minggu depannye dah di beli sekali ( ko ingat murah tiket tu). Menangis airmata darah sekalipun majlis tetap kena dibatalkan. Kesian kn. mesti ada rahmat di sebalik kejadian ni. Sabar ye...(tak tau nk guna ayat pe lg)


Manusia ni memamg melampau la sgtkn. Taula dok malaysia. Malaysia Boleh Katakan tapi tak semestinye semuanye boleh buat. Benggap. Kalo la dapat jumpa jantan ni mesti aku cincang2 badan dia. Lebih lagi dari mona fendi aku buat kang ( terlebih sudah ). Selalunye citer macam ni berlaku kat org2 kaya @ org2 Yg Dikenali tapi sekarang ni dah tak kira Sesiapa pn boleh.


Pengajaran dari pengalaman si polan ni, kenal lelaki ( bakal suami tu) betul2. jangan tangkap muat je tau. selidik latar belakang lelaki tu. kenal family dia sekali. Zaman sekarang ni bukan macam zaman tok nenek kita. Semuanye penuh dengan keplastikan ( apa2 jela). Zaman dolu2 senang nk kenal mana jahat, mana baik. Sekarang ni org jahat lagi tunjuk baik dari orang baik nye ( korang paham tak). Kt dunia ni tiada benda yg mustahil so jgn alpa

03 February 2010

TiBa- tIbA je....


tiba -tiba je petang ni aku rasa nak makan nasi ayam. Ku rasa begitu sedap nasi ayam tu. Tapi kt mana nk cari kedai nasi ayam yang sedap kt Batu Pahat. Aku bagaikan orang yg sedang mengidam plak. Orang kata kalo kita mengidamkan anak tekak mmg macam2kan....
malam ni yang pasti, menu adalah nasi ayam


Nasi ayam ni adalah menu pilihan ramai.Ramai orang suka makan nasi ayam. Tak kira warung2 @ restoran mesti menyediakan 'nasi ayam'.Nasi ayam kononnye adalah makanan popular masyarakat cina.