23 March 2010

Cara Aku Jaga Muka


Sejak dua menjak jerawat aku semakin berkurangan ni, aku bkn main rajin nk jaga muka. Dulu nk jaga pn malas. Tak bermakna langsung kalo jerawat bersepah2 kt muka. Bila dh setahun lbh ni aku teruja utk buat yg terbaik...

Langkah pertama
Mencuci
Ac Soap/rz cosmetic
Medicated Soap /Sri Cahya
-dua2 sabun ni aku guna,mmg sesuai sgt utk kulit jerawat-
Cleansing Milk
-guna 2 @ 3 kali seminggu sblm sabun,ia boleh melembutkan kulit-

Langkah Ke-2
Penyegar
Multi Toner/ Sri cahya
st toner/rz cosmetic
-sesuai utk semua jenis kulit-

Langkah ke-3
Cream /sunblock
herbal cream/rz cosmetic
2 ways foundation
-2 benda ni kena pakai waktu siang-

Seterusnye malam
Comedone gel/sri cahya
-boleh menghilangkn jerawat yg parah.boleh mengurangkan merah n bengkak-
Renewal Cream / rz cosmetic
- boleh hilang sel kulit mati kt muka. guna 1 minggu sekali-

2 Produk ni aku guna sb ia mmg sesuai dgn kulit aku. So aku pilih produk yg boleh digabungkan dlm kegunaan yg berbeza


Gangguan


Gangguan line internet buat aku geram tahap gaban
hati panas je
suka2 ada, pastu asyik putus2 je
Susah2 je comfirm nk tukar broadband lain

17 March 2010

Jerawat


Jerawat mmg masalah besar bagi aku dan perempuan kt dunia ni....

Setiap bulan kalo time datang bulan, siapla. Org kata sb hormon kita tapi aku tak taula

Bagi aku pulak time aku tension gila gaban mmg akan terkeluarla jerawat2 aku ni

Aku mmg jenis kulit jerawat dn berminyak. Dulu kulit aku mmg teruk tau. setiap hari akn keluar jerawat, cuba bayangkan kalo byk tahun. Macam2 produk kecantikan kt pasaran aku try tak kira murah @ mahal. Tapi result nye tetap sama, hampeh. Sejak february tahun lepas aku cuma produk RZ cosmetic. Bkn org yg syorkan tapi aku cari sendiri maklumat pasal kecantikan melalui internet. Akhir aku berani mencuba produk RZ ni. Alhamdulillah dh setahun nampak kesannye. W/pn lambat tapi yg penting tiada kesan sampingan. Produk ni murah dan mampu di miliki oleh semua golongan.



tengok kesan jerawat semakin berkurangan kt muka aku. Dulu aku mmg tak suka bergambar sb malu ada jerawat tau tapi skrg tidak lagi



so kepada perempuan2 kt luar sana, jgn segan2 utk jadi cantik. kerana dirimu begitu berharga


11 March 2010

kawan



Berkawan biar beribu, berkasih biar seorang. Itu ungkapan zaman dolu2. Sekarang ni semakin ramai kawan bermakna makin ramaila musuh kita makanye keluarla istilah "kawan makan kawan". Bagi aku kuantiti kawan tak penting sangat tapi apa yang aku titik beratkan ialah kualiti seorang kawan.
  1. sb kawan hidup kita lagi bahagia
  2. sbb kawan hidup kita boleh merana
  3. sbb kawan kita boleh bergaduh sesama sendiri
  4. sbb kawan macam2 boleh berlaku....
sebab tu kualiti kawan penting supaya persahabatan kekal hingga ke akhir hayat kita. Dimana2 saja kita boleh temui kawan, tapi samaada baik @ buruk kita sendiri kena tau menilainye. Bagi aku, aku suka berkawan dengan semua jenis manusia. Taki kira tua @ muda, Ada pangkat @ tidak, miskin @ kaya, tak kira apa kaum mereka tapi yg penting kita kena saling hormat menghormati sesama sendiri supaya tidak berlaku perkara2 yg negetif.
tapi tak semua orang boleh jadi kawan aku. Aku tak nak disebabkan salah pilih kawan aku di pandang negetif oleh orang lain. Oh tidak aku mmg berhati2 dalam mencari kawan. Serius aku cakap aku ramai kawan lelaki dari kawan perempuan. Kawan lelaki mmg sempoi je sifat diorang, mana ada nk busybody sgt. Mana lelaki pandai ngata org. Diorang kalo ada yg tak puas hati direct tegur face to face.

Kawan perempuan plak, banyak kes tikam dari belakang. Depan kita pijak semut tak mati, tapi belakang kita dia adalah syaitan. Aku bkn ngomong kosong tau tapi aku mmg ada kisah sendiri akibat perbuatan kwn perempuan aku. Aku malas nk tulis kt sini sb itu adalah sejarah. dan org2 tu pon dh dapat balasan dr perbuatan mereka. Padan muka ko.... Kebanyakkan org2 pompuan ni tak boleh tgk kita lebih dari mereka. tapi kalo kureng pn diaorg dok ngata gak. Ingin aku tegaskan di sini tak semua pon mcm tu, masih ramai lg kwn perempuan yang baik2 kt luar sana

Sebagai kawan kepada kawan kebiasaanyer aku akan sms tanye khabar. Akan ku berikan ucapan bila tiba hari lahirnye @ ucapan2 penting pada hari2 besar cth:hari raya/awal muharam dll. Berkawan tak semestinye kena selalu jumpa @ berhubung. Kadang2 kalo free bolehla open table. Bila dah tua dn masing2 punye tanggungjawab sendiri tu yg makin kurang berjumpa. Nasib baik dunia dh canggih, ada hanset boleh sms, ada PC utk chat sebagai pengukuh persahabatan

kepada kawan2 yang aku kasihi dan hormati, tak kira bangsa dn agama akan ku doakan kalian sihat sejahtera
  • semoga Allah panjangkan usia kamu
  • semoga Allah berikan kebahagian dunia & akhirat
  • Semoga Allah perbanyakkan rezeki ke atas kamu
  • Semoga Allah permudahkan apa yang kamu lakukan...
Amin......

tUmPaNg BaNgGa



harini keputusan SPM dah keluar so ramaila org berkonvoi g ambik keputusan
boleh ckp macam tu......
Nampak nye makin ramai pelajar cemerlang thn ni
aku tengok kt TV3 ramai pelajar dapat result yg baik kn..... so kita tumpang gembira
Ada yg dapat 15A semua subjek
Tak kurang hebat, ada pelajar buta penglihatan nye pon dapat keputusan yg baik
nak seribu daya, tak nak seribu dalih kn...
Selamat Maju Jayala kt adik2 kt luar sana tu........

03 March 2010

BiLa GiLa TeLaH MenGuAsAi DiRi

nilah gambar alah2 adik james bond
Gaya Jomes Bond yg tak jadi

OOOOppppssss sebenarnye kami berdua bersedia untuk melompat


kepada sesiapa yang nk ambik model ubat gigi carilah kami berdua




amik gambar sendiri pn, boleh suka macam ni sekali. hairan kn...



Begini kami berdua setiap hari sabtu. Tension org semua balik halfday tapi kami kena full day makanyer kami watla sesuka ati mak bapak tiri kitaorg je.
tapi
yang penting bos tak masuk officcela. Kami tak pernah takut bos, bos yg takut kat kami berdua
hahahaha ( bkn takut tapi hormat tau )
office kami kecik je, dan hanya ada 2 org clerk yg cun ni je. Yg lelaki di campak kt kedai kereta.
Bab ketawa2 ni kami ni serupa. asyik nk ketawa je
macam nila gaya aku n irin time hari sabtu
gila2 untuk hilangkan tension






01 March 2010

masihkah kita ingat,saat kita dilamar?

Jeng....Jeng..jeng... wow maut tak soalan ni?
takdela
tiba2 aku mengimbau kembali saat bercinta dolu-dolu.
Bagi kita, seorang perempuan mesti ada simpan angan2kn....untuk dilamar dalam keadaan yg very romantic konon2nyer.( masalahnye dapat ke )
hahahaha( dalam mimpi jela )
Aku pernah terbaca dalam paper, seorang pompuan di lamar dgn 1000 kuntum bunga ros
fuuuuhhhhhhh
bahagianyer kalo aku.....tapi masalah skrg ni bkn aku yg dapat (sabor je la)
Manusia ni boleh menyimpan angan2 je tapi jarang2 dapat mencapai angan2 tu
OOOOpppppsssss
Aku nk habaq kt blog ni, mcm mana hubby aku lamar aku utk jadi wife dia
sunguh tak romantikla
slbm dia ajak aku kahwin, kitaorang langsung tak pernah bincang2 hal kahwin2 ni tau
So nk di jadikan citernyer
1 malam hubby ajak keluar siap dah tapau mcDonald's siut
pas tu hubby ajak lepak kt dataran batu pahat
wow masa tu angin punyela kuat ( ada 70% nk ujan ) tapi masa tu okla
Keadaan masa tu ramai org dok lepak2 kt dataran
SO LAYANnnnnnnn.....
sambil makan kitaorg berbual2 la tau
tiba2
hubby aku kata "ziee kita kahwin jela"
dalam hati aku gila apa mamat ni ( teruskan makan n muka poyo je )
1 minit diam seketika ( malaikat lalu )
hubby aku ulang sekali lg, " jom Kahwin" ( muka serius je )
apalagi aku sound balik, jgn main2 perkara kahwin ni
hubby ckp balik sape main2 ( dua2 berpandangan ) ketawa.......
so aku ckp betul ke? ( suka sgtla tu )
hubby kata ye....muka ni menipu ke?
tak silap masa tu bln ogos 2005 ( tak de nye cincin2, x de maknanye )
hubby kata dia dh tua so dia nk cepat2 uruskan hal kahwin ni
yelah masa tu hubby aku 31 tahun aku plak 22 tahun ( beza 9 thn tau )
lepas hubby anta balik je aku terus tepon mak ( sb masa tu aku dok umah pakcik kt tmn bkt perdana )
Mak n ayah on je sb diaorg ikut apa sahaja pilihan anak
So 2 minggu dari malam tu, aku n hubby bertunang ( 28/08/2005 )
tak de majlis merisik @ meminang. Kesemuanye dijalankan dlm satu majlis sahaja
Dan
dgn persetujuan kedua2 pihak majlis kahwin ditetapkan pd 28/01/2006
maafla ye, sb malas nk scan gambar2 time tunang. ( tak kuasa aku )
maka mcm tu la aku dilamar. Walaupn tak memenuhi citarasa aku at least okla dari langsung tak de apa2 kn....

P/s: marila kita mengimbau saat dilamar oleh buah hati kita......cuba ingat balik dan tanye kat hati romantik ke pasangan kita?