28 April 2010

Kalau Kita Sebagai Isteri


1.
Mesti ada asas memasak. Suami tak harap isterinye masak sehandal chef, tapi apa yg suami hendak sajian itu datangnye dari air tangan isteri.
2.
Jangan jadi isteri yg suka memerintah suami. Buat itu buat ini. Lelaki kurang suka. Kalo suami nk buat, isteri tak suruh pn suami boleh lakukan.
3.
Jangan jadi isteri kaki ngomel @ membebel. Ish pantang suami tau. Bila suami pulang ke rumah setelah penat bekerja, suami perlukan kemesraan isteri utk hilangkan keletihan bkn mengomel tambah kebingitan.
4.
Jangan jadi isteri kaki control. Apa suami nk buat isteri tak bagi. Semua salah kat mata si isteri. Jangan....bagi kebebasan suami nak buat apa yg dia nak buat. Si suami mesti ada hobi yg dia suka. Kita jgn sesekali mengawal tapi perlu perhatikan apa yang en suami lakukan. jgn lebih dari batasnye.
5.
Jangan jadi isteri kaki melawan @ merungut. Bila suami sedang bercakap @ menasihati kita, diam dan dengar dulu. Jangan sekali2 memotong time suami bercakap. Betul Ke @ tidak biar suami habiskan bercakap. Walau apa pn keadaan masa tu isteri tetap hormat kt suami. Isteri kalo merungut manja sesekali kt suami tak pe.....suami boleh laayyaannn tapi jgn sampai suami bosan dgn rungutan kita.
6.
lagi satu aku mmg pantang, ada isteri prinsipnye "DUIT SUAMI DUIT DIA, DUIT DIA MMGLA DIA PUNYE" Kad atm suami si isteri yg pegang. konon2nye isteri yg uruskan hal2 kewangan. Bila suami nak guna wang terhegeh2 mintak kt isteri. Ish aku rasa mcm tak patut je. Kalau bab kewangan suami lagi pandai uruskan sb lelaki ada 9 akal 1 nafsu.

15 April 2010

Cuti2 Malaysia


Rupanya byk lg tempat percutian kt malaysia yg belum habis aku lawati. Kebanyakkan tempat yg aku pilih untuk bercuti adalah " PULAU'. Entahla aku rasa pulau tu byk ketenangan. enjoy bercuti di sana. Tenang, Damai dn macam2.
Bila kita ambik keputusan nk bercuti, mestila kita nk satu tempat yg boleh memberi ketenagan dn kepuasaan kpd kita kn. Korang fikir bercuti pn perlukan budgetkn. So jgn sia2kn. Fikir dan tentukan tempat yg betul. Jgn plak menyesal di kemudian. Byk gak pulau yg aku g seumur hidup ni. Dari zaman bujang ke zaman berkahwin nie. Tapi aku x boleh tunjuk gambar2 sb semua tu koleksi peribadi aku. Maksud aku bkn yg tak senonoh tau.Sepanjang aku g bercuti, aku sering ditemani family, kwn2 (pompuan je tau ) n hubby je.




Nilah pulau tioman. Pulau pertama aku g bersama kwn2. Tapi agaknye sekarang ni lg cantik tempatnye kn...




Pulau Redang yg cantik sekali. Tempat ni aku g bersama hubby masa bulan madu tau sungguh cantik sekali. Kenangan yg takkn aku lupakan.Romantik sekali. Waktu malam plak sungguh mendamaikan jiwa pengunjungnye....




Betul tak kwn2. Pulau 1 tempat yg cantik dan tenang utk kita bercuti. Pulau Perhentian ni aku g dgn hubby pd tahun ke-2 kitaorg kahwin.

Kenal tak tempat ni. Langkawila. Kalo g mesti tak lepaskan peluang ambik gambar kt sini

Teringat lg masa naik kabel ni, sb hubby nk naik sgt so terpaksala ikut. Kecut perut aku al-maklumla gayat katakn


p/s : akan ada sambungan pasal cuti2 malaysia sb mmg byk pulau yg aku dh lawati. Tunnnggguuu...

03 April 2010

Air Panas Sg Gersik Muar


Minggu lepas masa nengok Tv, Adalah rancangan pasal tempat2 menarik utk dilawati. Biasala astro macam2 ada kn. Bagi sesiapa yg blum melanggan astro sila daftar kt agen berhampiran ( wah x pasal2 buat iklan free ). Aku tertarik kt 1 tempat ni. Tempat perlancongan di taiwan yg mempunyai kolam air panas yg cantik lg moden. Wah otak masa tu terapung2 dh sampai kolam air panas tu. Sangat cantik. Di sebabkan kalo nk g sana ambik masa yg jauh lg mahal kn so hubby cadangkan aku g Kolam Air Panas sg gersik, Muar. Hampeh, jauh dari apa yang aku bayangkan
kurengla tempat ni beb. Dahla jauh dari jalan raya besar. Masa aku sampai baru lepas ujan. Kawasan kolam air panas ni berpagar, dan landskap pn agak cantikla. Ada gak disediakan kemudahan2 kt situ. Ada gerai2, ada surau, kerusi bagi org yang nk menghirup udara ptg.
Gambar ni aku ambik kt kolam air panas saje dan kawasan2 sekitarnye aku tak ambik pn

Aku kt sini tak lama just 10 minit je. Aku rasa org2 yg datang kt sini penduduk sekitar kawasan2 ni je kot. Kebanyakkan yg dtg semua berkeluarga.Kepanasan air kolam ni pn ok2 je. Mood aku sampai tempat ni pn jd kurang baik sb tak seperti apa yg aku nampak kt TV haritu tau.

PEMERGIAN MU AMAT DIRASAI

Al-fatiha buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ sgt dikenali sebagai Abg Din Beramboi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 tgh malam kemalrin selepas 4 hari di masukkan ke unit rawatan rapi ( ICU ) hospital selayang akibat demam denggi berdarah. Takziah buat seluruh ahli keluarga abg din. Semoga Roh nye dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman
Amin...
Selepas ni kita semua akan merindui suara Allahyarham dalam slot riuh pagi Di Era dan wawancara. Setiap pagi suara nila yang membangkitkan mood pagi aku. Lawak yang bersahaja dan spontan pasti mencuit hati siapa yang mendengarnye.
Sukar mencari pengganti dan nama Din Beramboi tetap di hati semua. Tapi apakan daya Allah lebih menyayangi Allahyarham.




Lihat wajah dan gaya beliau saje cukup menggambarkan kelawakannye

Gandingan mantap yg boleh riuhkan pagi kita. Semoga Pak nil sentiasa happy walaupn tanpa Allahyarham abg din