30 December 2009

KaMi AdIk BeRaDiK

Untuk kali ni, aku akan tunjukkan adik beradik dalam blog aku . Susahla nak ambik gambar sekali gus sbb masing-masing dah besar dan ada tanggungjawab sendiri so susahla nak bergambar.Penat aku kumpul baru dapat ambik gambar. Kesian Kan...


Rosnizan bin ahmad ( adik ke-6 )



Rosli Bin ahmad ( adik ke-5 )


Rosdi Bin Ahmad ( adik ke-7 )


Rozia Dan Rosliza ( kakak )


Rossalina (adik bongsu), Rosliza, Rozia Dan Roslinda(adik ke-8)


Secantik Anak Wak Ahmad


Ogie dan Mak


Alahai Nak Bermanja konon....


Ogie dan Bodyguard

P/s : dalam gambar ni, 2 orang abang aku tak de sbb abang aku jarang balik.Tapi aku akan dapatkan gambar diorang dlm cerita akan datang. bye2

19 December 2009

Hari Kelahiran

Pada 19.12.2009 adalah hari paling bermakna utk mak iaitu hari jadinyer. Mcm tahun2 sebelumnyer kami adik beradik akan berkumpul utk menyambut hari bermakna ini.Kami akn bincang apa yg nk wat masa hari jadi mak. Gotong royong utk buat persiapan. Emmmmm Penat Siut


kek adalah yg paling penting

Thn nie menu yang dipilih ialah nasi ayam, air soya, ayam percik dan kuih muih. Sb aku bekerja pada harini so tak dapatla aku sediakan menu yg best2 pd hari jadi mak kali ni






macam biasala kami akan makan sepuas2nye. Hari untuk melantak- lantak. Kami adik beradik makan dgn happy.




nak tengok muka mak kitaorang yamg begitu gembira menyambut hari kelahirannye.Acara memotong kek.... jeng....jeng...jeng








Tahun ini, kami doakan mak panjang umur, diperbanyakkan rezeki dan mak bahagia disamping suami dan anak-anaknya. semoga tahun depan dapat menyambutnye dengan meriah sekali.





16 December 2009

MaK AkU

Nama mak aku, Pn Rubiah Bte Tukiman. Lahir pada 19/02/1952. Berumur 57 tahun. Seorang Surirumahtangga. Anak kepada pasangan Tukiman Bin Sudar Dgn Halimah Bte ????? (tiba2 lupa da). Mak aku anak sulong dalam 5 bersaudara. Mak aku ada seorang adik pompuan dan 3 orang adik lelaki.

Ketika mak aku berusia 8 tahun, atok aku meninggal dunia akibat demam panas. Inilah nasib aku adik beradik sbb tak dapat merasa kasih sayang seorang atok tak kira sebelah mak atau ayah. Tapi aku respect kat nenek aku hingga kini nenek tak kahwin lagi. Cinta nenek kat atok mmg power sampai tak dapat cari pengganti. Mak akhirnyer di besarkan oleh mak dan nyai nyer....Hidup mak taklah susah sgt sbb arwah atok aku banyak kebun dan hasilnya.

Mak aku berkahwin dgn ayah ketika umur 15 thn ( muda bangat ).Pada tahun 1968 mak aku melahirkan anak pertama dalam usia 16 thn saje. Pelik aku, kenapa zaman dolu-dolu kahwin begitu awal beb.

Nie senarai tahun2 mak aku bersalin. Mengikut Urutan :-
1. Along - 28/10/1968
2. Angah - 07/05/1970
3. Kak Uda - 28/08/1977
4. Aku la - 19/02/1983
5. Ulit - 24/10/1984
6. E-jan - 13/11/1987
7. Adi - 21/05/1989
8. Linda - 08/01/1991
9. Gmok - 24/03/1993

Wow Ramai siut. powerkan ayah aku...........huhuhu

semua adik lelaki mak aku aku bekerja dalam sektor kerajaan...
- cik saat ( Saat Bin Tukiman )- JPS
- cik rie ( Misri Bin Tukiman )- TNB
- Cik Nan ( Asnan Bin Tukiman )- MPBP
Yang pompuan 'out' semua campak kat dapur. Hubungan dgn pakcik2 aku semuanyer "ngam2 oi" beb. Kazen aku tak ramai sebelah mak hamya 16 orang je. Tapi kalo aku imaging kalo atok aku hidup sampai sekarang mahu tak sedozen makcik n pakcik aku. Atok meninggal dalam usia yg muda lg.

itu je kot aku nk habaq. Dah tak tau nk tulis apa lagi

12 December 2009

TrAgEdi

SaBtU, 12 DiCeMbEr 2009 - Malang tidak berbau, itulah menimpa pasangan MOHD ARIFF dan TEH AFFIFAH SHAHIRA. Hanya 4 jam mereka bergelar suami isteri, ajal telah memisahkan jodoh mereka, bila mohd ariff menemui ajal akibat kemalangan ngeri semalam.Majlis persandingan mereka sepatutnya berlangsung dgn meriah bertukar menjadi kenduri arwah


Syahdu hati aku membaca artikel ini. Jantung begitu laju utk menghabiskan berita mengenai mereka. Walaupun aku tahu, setiap yang hidup lawannya mati tapi apa yg menimpa pasangan ini susah utk di terima. Pasangan yg telah memutuskan utk bersama, tetapi hasrat tidak tercapai.

Bunga telur telah di isi. Pelamin dan bilik tidur sudah dihias tetapi majlis tetap di teruskan tanpa ketiadaan pengantin lelaki.Hanya air mata pengantin perempuan mengiring majlis hingga ke akhir.Sebagai org seagama, kita doakan supaya Teh Affifah Shahira tabah menghadapi semuanya.Sama2la Kita doakan agar roh2 mereka di tempatkan dalam kalangan org2 yang beriman.......

03 December 2009

Hari Keramat

HUHUHU betul-betul best nie. Aku tak tahu ape yang bestnyer tarikh 06.12.2009. MasyaAllah ramai org kahwin. Aku je ada 6 Undangan perkahwinan, biar betul.Aku tak tahu mcm mana nk pegi. ADDDDDDoi......Insyaalah aku akn gagahkan diri utk dtg ke majlis tu ( setakat yg aku n hubby mampu jela ). kopakla poket mcm nie. Tapi sape yg pilih tarikh ni mmg smartla sbb baru gaji kn ..kn..kn.

Utk korang yg nk kahwin nie, aku akan doakan majlis korang berjalan dgn lancar. Dont hujan2 sb susah plak nk berarak. Insyaalah jodoh kalian hingga ke hujung nyawa.......amin

Aku akn datang dengan hadiah sekali tau. TTTTTuuuungggggguuuuu kedatangan aku beb.

p/s : d sbbkan bln disember musim tengkujuh, baik g jumpa bomoh utk tolak ujan

29 November 2009

Ayah

De member chat aku, suruh aku tulis blog pasal family. Diaorg nk tahu sape mak dan ayah aku. Senang kata salasilah family aku. Betul gak pe yg org kata, dari kita asyik citer pasal benda yg sedih2 @ kutuk2 org, baik tulis hal sendiri.
Firstly, aku nk habaq pasal ayah aku. Nama ayah aku AHMAD BIN SHAHID. Lahir pada 05/07/1944. Berumur 65 tahun. Asal Kg Mampan, Simpang Lima Batu Pahat. Ayah aku anak tunggal kepada pasangan SHAHID BIN TUKIMAN dan KHATIJAH BTE ALIAS. Ayah dilahirkan sebagai anak yatim, ketika ayah dalam kandungan 2 bulan atuk meninggal dunia. Ayah tak pernah melihat rupa sebenar ayahnye sendiri. Zaman dulu2 manalah ada bergambar. Ayah dibesarkan oleh nenek dan paksu. Bab nie aku mmg tak puas ati sb nenek aku bkn seorang ibu yang bertanggungjawab. Mentang2lah suami dah tak de, so suka ati diala nak buat apa. Makan ke, sekolah ke langsung nenek tak kisah. Baik ayah masih ada nenek dan paksu untuk jadi tempat mengadu. Dalam masa yg sama, nenek aku telah berkahwin lain. Ayah aku ada 12 orang adik tiri. Cuba korang fikir dgn kepala lutut, adakah nenek aku ni ibu yg baik? Terus terang aku mmg tak suka dgn nenek aku ni. Bagi aku and adik2 nenek ni mmg tak pernah wujud. Ayah aku orang yang serius. Aku dan adik-adik jarang berbual atau bermanja dgn ayah aku. Kdg2 cemburu tengok orang bermanja2 dgn ayah masing2. Korang jgn ingat plak yg ayah aku ni garang sangat tau. Ayah aku orangnya baik Cuma kehidupan masa lampau ayah membuatkan ayah mendidik anak2 dengan serius tapi happy. Selalunyer ayah Cuma perhatikan dari jauh je apa yang kami semua buat. Kalau ada yang tak kena kat mata ayah, macam biasala mak tempat ayah meluahkan pe yg berbuku kat hati.Ooopppss kita sambung balik pasal nenek aku.Nenek dan atok berpindah ke kg melayu majidee setelah ank-ank membesar.Jarang ayah aku balik sana, sbb ayah pn tidak berapa suka dgn mak dia.So jarangla aku and adik-adik bermanja dgn nenek sebelah ayah.Tapi secara keseluruhannye ayah agak rapat gak dgn adik tiri setelah nenek aku meninggal dunia.Untuk sepupu sebelah ayah ramai gila, bayangkanla ada 12 adik beradik semuanyer...

p/s : tak de gambar ayah akula utk masukkan dlm citer nie sbb dia tak suka bergambar

14 November 2009

aksi2 keriangan








Utk tidak menghampakan, aku masukkan ckit aksi2 aku masa bercuti kt genting. kalo korang nk tengokla beb. tpi paling kelakar masa aku monorail, ujan bleh turun dgn lebatnyer. dahla kt atas,dgn x de tingkap plak tu pastu monorail x jalan. cuba korang bayangkan.....

cuti2 malaysia



pada 12 & 13nov yg lalu, aku n hubby bercuti g genting highland selama 2 hari satu malam kt sana. di samping bercuti tu, kitaorg adalah berbincang pasal masalah umahtangga. masih macam tu lg.masih x de jalan penyelesaian.kdg2 fed-up pasal hal nie.tapi aku x suka fikir sgt. manusia hanya merancang tuhan yg tentukan.malasla nk berciter hal nie."hidup hanya sekali, so mari kita enjoy"
masa bercuti, aku jalan 1 genting.ambik gambar, makan2 dan kaw2 yg sama waktu dgn nyer.....enjoy gak la w/pn bermasalah.sbenarnye aku byk nk kongsi pasal percutian aku tapi mood tiba2 hilang kalo teringat hal kami berdua nie

06 November 2009


Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehabat Sulaiman,
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaika.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar dan
Mengapa di damba teman hidup bak Siti Khadijah
Kalau diri tak sempurnaRasullah[S.A.W]
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu
Sebagai keunikkan
Carilah kebaikan pada dirinya Dan bersyukurlah
Kerana dipertemukan denganye
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar
Dia akan menjadi milikmu…………………

PERKAHWINAN


AKU SAH MENJADI ISTERI KEPADA ENCIK ISHAK BIN ABDUL WAHID, PADA TANGGAL 28/01/2006 TEPAT PUKUL 10AM. DALAM TEMPOH INI, KAMI BELUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA LAGI. BAB PERKAHWINAN AKU TAK BERAPA BERMINAT UNTUK BEKONGSI DENGAN SESIAPA. TAKUT NANTI DISALAH ERTIKAN. BENDA YG BAIK MMG PATUT DIHEBAHKAN, TPI KALO SEBALIKNYA BAIK TUTUP MULUT………………….
ORANG KATA PERKAHWINAN IBARAT SATU PERJUDIAN. BILA KITA KALAH KITA MENANGIS TAPI BILA KITA MENANG KITA KETAWA. BAGI AKU PLAK , IANYA LEBIH DARI SATU PERJUDIAN. PERKAHWINAN PERLUKAN BYK PENGORBANAN, BKN SEKADAR MENANGIS BILA KITA KALAH, TAPI PERLU BERJUANG ABIS-ABISAN UTK HIDUP.




HELLO SEMUA……
AKU NAK CITER CKIT TENTANG DIRI AKU KT KORANG, ITU PN KALO KORANG NAK TAHULA…….HEHEHE. APA ORG TUA2 KATA TU, TAK KENAL MAKA TAK CINTA KAN KAN KAN KAN?????????
NAMA AKU ROZIA BTE AHMAD, AKU LAHIR KT KG PT SIBA, BAGAN BATU PAHAT, PADA 19/02/1983. SKRG AKU MENETAP DI KG SRI GAJAH, CHAAH, 85400 SEGAMAT, JOHOR. PENDIDIKAN AWAL AKU BERMULA DI SEK.KEB.SERI SEKAWAN DESA, DARI DARJAH 1 HINGGA DARJAH 3…THEN AKU BERSEKOLAH PLAK KT SEK.KEB.DESA TEMU JODOH SEHINGGA DARJAH 6. SEKOLAH MENENGAH AKU STAY DARI FORM 1 HINGGA FORM 5 KT SEK.MEN.KEB CHAAH, JOHOR.SEK AGAMA PLAK DARI DARJAH 1 HINGGA DARJAH KHAS.
PASAL PENGALAMAN KERJA PLAK, TERLALU BYK KOT. MCM2 KEJA AKU DAH TEST.KORANG CKP JE DARI OPERATOR HINGGA OFFICER. W/PN UMUR AKU BELUMLA TUA SGTKN, TPI PENGALAMAN PUNYELA BANYAK….TAPI SKRG AKU BEKERJA KT BATU PAHAT SEBAGAI KERANI SAHAJE….NAMA TEMPAT KERJA AKU TRI-ERAT SDN BHD.KORANG TAK PERNAH DENGAR PUNYE.
AKU DILAHIRKAN DALAM KELUARGA YANG SEDERHANA. AKU ANAK KE-4 DALAM 9 ADIK BERADIK. AKU ADA 2 ABG, 1 KAKAK DAN 5 ADIK ( 2 PMPUAM,3 LELAKI ). KITAORG TAK KAYA DGN HARTA, TAPI KAYA DENGAN BUDI PEKERTI TAU. KALO KORANG NAK TAHU, MAK BAPAK AKU MINAT SGT DGN NAMA YG START DARI “R”. SO NAMA ADIK BERADIK AKU MESTI BERMULA DENGAN “ROS”
ROSLAN, ROSMAN,ROSLIZA, ROZIA,ROSLI,ROSNIZAN,ROSDI,ROSLINDA DAN ROSSALINA TPI YG AKU SAKIT ATINYE NAMA AKU JE TAK DE ‘ROS’. ALASAN MAK BAPAK AKU YG PALING POWER, POLIS SALAH TULIS.