24 January 2010

HaRi AhAd Yg SaNtAi

Harini aku tak keluar pergi mana- mana. Just lepak kt umah dgn family. Hubby aku pn arini tak OT sbb tu dia teman aku kt Chaah. Macam biasala yg korang- korang buat...... ari ahad je mesti bangun lambat punye. Tradisi turun temurun. 2 org adik lelaki aku pagi ni keluar keja so rumah senyap cikit. Adik pmpuan aku yg sorang ni plak nk kuar ke bandar, kawan birthday konon smbil2 tu mesti curi-curi dating.

Pukul 9.00 am aku siap2 nak pegi pasar. Pagi ni hubby, makcik aku, adik bongsu n ank saudara join aku cari lauk. Aku kalo bab borong ikan dan sayur kt pasar memang teror siut. Lengkap aku beli. Selalu aku beli ikan kt sorang apek tu. Murah tau kt tempat dia berbanding tempat lain. Selalu aku beli dalam kuantiti yang banyak sbb senang mak aku memasak nnt. Stok di jamin seminggu. Aku beli ikan kapak basah, ikan bawal dan ikan selar. Dah puas membeli aku pn balikla. Penat jalan kt pasar yg sesak dgn org ramai.

Sampai kt umah je aku terus breakfeast. Sb sblm kuar td aku tak makan. Bual2 dgn mak dan makcik aku. Kebetulan makcik dr kampung dtg semalam. Tu yang citer tak abis- abis. Ahad biasa nyer kitaorang masak lambat sbb sarapan pn lambat.....Pukul 12.00 baru angkat bontot ke dapur. Ahad paling sempoi bab memasak ni, masak yang paling simple. Hari isnin hingga sabtu selalu masak yg mewah2kn. So ari ahad kitaorang masak paling mudah tapi sedap. Keputusan telah diambil, aku dan mak pilih 3 menu iaitu Ikan kapak masak lemak cili api, hati ayam masak kari dan sayur pelengkap menu.

Pukul 1 lebih kami sekeluarga makan. Selepas makan kitaorang layan tgk Tv. Biasala ahad byk rancangan tv kn...Pukul 2.30 ptg mak nak g yasinan kt kampung. Makcik aku plak nak g umah kakak aku kt taman dengan adik bongsu aku. So tinggal bertiga je kt umah.... apalagi aku pun TIDUR la. ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz sedar2 je dah dengar suara mak aku berbual dgn makcik aku. Dari malam tadi 2 org tua ni tak abis2 ngomel. potong stim betul. Di sebabkan tidur aku terganggu, aku layanla ank2 saudara.

No comments:

Post a Comment