Emmmm begitu pantas masa berlalu. Harini 28.01.2010 genap 4 tahun aku memegang gelaran isteri orang.Serius aku katakan sepanjang bergelar suami isteri pelbagai dugaan dan rintangan yang datang. Sabar atau tidak je kita nak hadapai. Selain sabar kita pn dimestikan untuk kuat. Kalau tak kuat susahla nak berperang dengan perasaan.
Adakalanye aku terfikir adakah aku betul2 bahagia? Macam mana pulak dengan suami aku. Adakah dia rasa bahagia dengan aku? Betul ke aku dh bahagiakan suami aku? Dalam alam rumahtangga setiap pasangan tu tak abis-abis belajar. Belajar untuk mencari dan memberi kebahagian kepada pasangan kita kerana setiap perhubungan mesti ada kekurangannye maka nyer "tepuk dada tanye aiman" so jadinye " aiman tak tahula" kih...kih...kih...
Ini bukan " Masuk bakul angkat sendiri tau" Walaupun perwatakan aku ceria dan banyak cakap orangnye tapi aku bkn isteri kaki bebel, kaki merajuk, kaki memberontak dan segala-galanye kaki. Aku marah kalo suami aku betul2 buat salah @ terlanggar pantang larang aku. Jarang aku merajuk panjang dengan hubby. Macam mana besar pn masalah kami, aku tetap bercakap dengannye. Kalau berjauhan tetap telefon atau sms. Kebanyakan masalah kami berpunca dari orang sekeliling jarang berpunca dari diri kami sendiri.Sebenarnya kami ni pasangan yang boleh dikatakan "cool" dimana sikap kami berdua adalah berlawanan antara satu sama lain.Sbb Tu jarang bergaduh. Aku plak jenis kalo marah tak suka bercakap, tak nak jadi pergaduhan besar.
Mengimbau kembali detik aku di ijabkabul dengan suami disaat membaca lafaz taklik. Aduh.... paling sedih babak tu. Paling menyentuh hati aku ketika lafaz taklik antara aku dgn mak. Teresak esak aku membaca rasa nak meraung pn ada (tpi kena control cun) Cuma orang yang pernah mengalami je yang tahu apa yang aku rasa. Bayangkan selama 22 tahun aku hidup di bawah jagaan mak dan ayah, tiba2 tugas tu diambil oleh suami kita yg baru bbrp tahun kenal.Fuhhh ketika lafaz taklik ini adalah adegan yg menyayat hati. Setiap baris ayat dalam taklik ini mempunyai erti yang syahdu. ish...ish...ish patutla sblm majlis berlangsung mak andam aku bisik jgn nangis over sgt takut mekap sememeh kt muka.So aku nasihatkan org2 yang nak kahwin ni, pakaila mekap kalis air supaya sesuai dlm apa jua keadaan.
Sebelum majlis besar berlangsung, malam nyer acara tukar2 baju. pose sana pose sini. Berpeluh mak ko...tapi layan jela sbb seumur hidup sekali. InsyAAllah. Majlis kahwin aku simple je. Aku tak nak lepas kahwin aku n hubby tanggung banyak utang kn...kn...kn.... lg pun aku tak nak menyusahkan family la.. Hantaran aku masa aku murahla. Hubby aku ikhlas beri aku RM6,000 Sahaja.Bukan macam sekarang belas2 ribu.
Acara bertukar pakaian
Gaya bollywood
Gaun pengantin..
Melaram dgn pakaian indon
Pakaian jepun
Walaupn usia perkahwinan dah masuk 4 tahun tapi masih banyak lg kekurangan dalam menggedalikan peranan seorang isteri. Dalam 4 tahun ni, kami belum punye rezeki anak lagi.Manusia mampu berusaha tapi tuhan yang menentukan.Aku hanya berdoa agar tuhan makbulkan impian kami utk dapatkan anak.So doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat...Amin
No comments:
Post a Comment