05 February 2010

aLaHaI PeNgAnTiN......

Majlis perkahwinan yang sepatutnye berlangsung esok ( 06/02/10 ) terpaksa di batalkan disaat akhir. 2 hari sblm majlis bakal pengantin lelaki call cakap tak boleh nikah sbb document tak lengkap ( aik mcm tu plak ). Pengsan pengantin perempuan bila terima perkhabaran tu. Bapak pengantin perempuan mengamukla ( sampai kena histeria ko...)kerana terlalu marah sampai tak boleh control tau. Kecoh 1 kampung sampai polis pn datang takut kejadian yg tak di ingini berlaku. Orang kampung turut simpati di atas apa yg berlaku kat keluarga si polan ni.


ish...ish...ish paling kesian pengantin perempuannye sbb sedar pengsan sedar pengsan je. Kita boleh geram tapi yang merasanye keluarga si polan nila. Bila sedar dari histeria, bapak pengantin kepenatan tapi tetap dlm keadaan binggung. Jarang kaum lelaki ni menangis tapi si polan menangis sbb tak tahu nak wat ape lg. Then atas nasihat org ramai, keesokkan keluarga si polan bertolak ke pahang untuk jumpa lelaki bedebah ni.( terlalu sedih )( jantan kurang ajar ) tup...tup...tup... nak tahu apa citer. jantan bedebah ni telah memalsukan identitinye. Mmgla tak boleh kahwin.(bodoh jantan ni) nama je kerja tentera tapi penipu.( org yg tak takut undang2). Semua document jantan yang ada pada perempuan tu palsu. boleh macam tu. Korang fikir kenapa nak pakai identiti orang lain kalo diri tu masih bujang. ( mesti jantan yg ada bini ) Geram betul.... So perempuan tu report kt pegawai atasan apalagi kenala tangkap. ( padan muka ko )


Kisahnye ank pompuan si polan ni orang kampung tak dengar bila tunang nye tup..tup..tup dengar nak kahwin je. jantan ni orang sabah yang bekerja kat pahang sebagai tentera kononnyer. Agaknye jantan ni tak nak tunang alasannye family jauhla kot....Ya Allah cuba korang fikirkan. Pelamin dah di hias, kad dah ditabur, barang makanan dh di order( deposit sekali) mana tak jadi gila. Lg satu tiket kapal terbang nak ke sabah minggu depannye dah di beli sekali ( ko ingat murah tiket tu). Menangis airmata darah sekalipun majlis tetap kena dibatalkan. Kesian kn. mesti ada rahmat di sebalik kejadian ni. Sabar ye...(tak tau nk guna ayat pe lg)


Manusia ni memamg melampau la sgtkn. Taula dok malaysia. Malaysia Boleh Katakan tapi tak semestinye semuanye boleh buat. Benggap. Kalo la dapat jumpa jantan ni mesti aku cincang2 badan dia. Lebih lagi dari mona fendi aku buat kang ( terlebih sudah ). Selalunye citer macam ni berlaku kat org2 kaya @ org2 Yg Dikenali tapi sekarang ni dah tak kira Sesiapa pn boleh.


Pengajaran dari pengalaman si polan ni, kenal lelaki ( bakal suami tu) betul2. jangan tangkap muat je tau. selidik latar belakang lelaki tu. kenal family dia sekali. Zaman sekarang ni bukan macam zaman tok nenek kita. Semuanye penuh dengan keplastikan ( apa2 jela). Zaman dolu2 senang nk kenal mana jahat, mana baik. Sekarang ni org jahat lagi tunjuk baik dari orang baik nye ( korang paham tak). Kt dunia ni tiada benda yg mustahil so jgn alpa

2 comments:

  1. ish, kesiannye pempuan tu and family die.. :( simpati sangat2
    kat jantan tu lak, memangla cam HARAM!! hoh~

    ReplyDelete
  2. tula kalo nk tau lbh lanjut. metro ada keluar berita pasal ni

    ReplyDelete